Saya percaya bahawa 5minit menasihati diri sendiri adalah antara tips atau kaedah terbaik untuk "on" kan suis motivasi diri.Bila suis motivasi diri telah dihidupkan,percayalah anda dan saya akan terdorong untuk hidupkan suis suis hebat lain yang tersembunyi didalam diri.
Kalau anda percaya cubalah anda lakukan.5minit dengan nasihat yang mudah kepada diri sendiri setiap pagi selepas bangun dari tidur.nasihat yang baik ini seakan satu suntikan kesegaran dan mampu menggerakkan tenaga dalaman untuk suasana pagi yang lebih bersemangat.
Bagaimana untuk berkata pada diri sendiri,gunalah kaedah yang paling mudah,bahasa yang paling anda senangi.Keep it short and simple.Dan cara yang terbaik ialah biar mulut berkata kata dan telinga 100 persen sedia mendengar.Mulakan dengan seruan"wahai diriku... dan akhirkan dengan harapan,ucaplah ameen.
5minit adalah masa yang sesuai untuk "menjampi "diri sendiri supaya semangat dan daya juang datang dari kiri dan kanan.Jika anda mampu ia boleh datang dari atas dan dari bawah dan dikala itu anda boleh rasa hari itu anda mahu hidup sebagai wira .Diri sendiri terasa lebih fokus dan anda akan menjadi pemberi terbaik didalam perjuangan hidup.
Istiqamah dan displinkan setiap hari hanya 5minit "menjampi "diri sendiri.Lihatlah hasilnya.Anda akan bahagia.Anda akan berjaya
No comments:
Post a Comment