Sunday, September 5, 2010

transformer cinta ramadhan


ada ketikanya, dikala meniti bilah bilah hari yang bernama ramadhan ini, aku menjadi begitu sunyi sekali. sepi dan mendambakan cinta dari ilahi. ada waktu aku rasa kerdilnya diri berbanding dengan perubahan cinta dan transformasi yang ramadhan anjurkan.

jika tawaran beribadat menjadi semahal usaha tujuh puluh tahun lamanya, pun aku sering sepi untuk menyambutnya, bagaimanakah pula ketika tawaran telah ditutup dan menjadi pasaran biasa, mampukah aku mentransformasikan cinta dan diri diluar dari khemah ramadhan.

kadang kadang aku kagum dengan sebahagian dari mereka yang punya janakuasa hebat yang sering mengaruhkan tenaga istimewa untuk bertransformasi hebat di bulan yang terlebih baik dari seribu bulan.

hakikatnya ramadhan adalah sebuah transfomer hebat. ia menaikkan darjah amalan kepada seribuan kali ganda. ia saling beraruhan kebaikan demi kebaikan sehinggakan ada yang meratapi dan menangisi ketika hujung masa berpergian ramadhan. mereka terlalu cinta dan merindui ramadhan.

inilah apa yang difahami oleh kebanyakan orang yang terdahulu yang menyebabkan mereka menakluki sebahagian dunia dan cahaya islam sampai kelubuk hatiku.

kenapakah aku tidak mempunyai transformer sehebat mereka?.aku akan terus memburu jawapannya.

Thursday, September 2, 2010

salam ramadhan untuk diri sendiri dan sesiapa yang menjadikan dirinya transformer cinta

Alhamdulillah dan sujud syukur kepada tuhan yang memberikan nikmat ramadhan. Diantara bilah bilah hari yang bernama ramadhan,aku mencari kekuatan untuk menulis semula. Dalam doaku, aku meminta semoga Allah kurniakan keteguhan hati untuk terus menulis kerana mencari nikmat dunia dan keredhaannya.

Buku adalah diantara medan dakwah yang kalau kena gayanya boleh menjadi amal jariah untuk rezeki di hari sesudah menemui kematian yang tidak ada transit lain kecuali tiga perkara yang sering di sarankan oleh ilmuan islam yang sayangi nasib umatnya.

1) anak yang soleh.
2) ilmu yang bermanafaat
3) sedekah jariah

"Buku adalah sebuah trasformer cinta" kata saya.

"Buku adalah sebuah alatubah yang mampu mengaruhkan medan kebaikan lalu bertukar menjadi beribu ribu kebaikan bergantung kepada jenis trasformer yang digunakan" kata saya lagi.

kata diatas mungkin tidak sehebat ayat ayat cinta yang ditutur oleh sang pencinta sehingga ditulis dalam sejarah cinta terbilang tetapi saya menulis untuk saya sendiri supaya diri ini mempunyai jiwa yang hebat dan mampu membina sekurangnya satu transformer cinta pada setiap insan yang saya temui.

sehingga itu.. semoga berjaya untuk diri sendiri.

Friday, May 21, 2010

bab lima yang masih dalam transformer dan saling beraruhan

saya memasuki bab 5 ini dalam transfomer kreatif diri. beraruhan saling diantara ayat demi ayat cerita demi cerita dan tayangan demi tayangan. fuuh!. demi masa, sesungguhnya manusia selalu dalam kerugian. memulakan karya sesudah membuang masa masa dulu yang lebih gagah adalah langkah langkah kini yang terpaksa bergelut dengan kerjaya dan tanggungjawab.tapi yang nyata ia seronok...

mengenang kembali dunia cinta, adunkan dengan realiti semasa dan bayangkan kehendak masa depan supaya karya menjadi evergreen. besar impian tu....

tapi inilah saranan dari orang dulu...jadilah insan berjiwa besar supaya disekeliling sentiasa ber gelombang besar beraura besar. kalau tidak pun..kita sendiri yang bahagia dengan jiwa besar kita. transfomer cinta dari geog town memang berjiwa besar. tungguuuuuuuuuuuuu...

Monday, May 17, 2010

dari mat karan jadi transformer cinta

saya tak tahu apa kesudahannya transformer cinta. jika umur panjang dan semangat semakin membukit ia akan lahir dengan sempurna sebagai sebuah buku. seperti seorang bayi didalam kandungan, mungkin masa diperlukan ialah sembilan bulan. kini sudah memasuki bab lima dibawah pengawasan dan tunjuk ajar sifu sastera puan azmah nordin.

cinta adalah nilai komersial sebuah novel. tetapi seorang manusia perlu memikirkan supaya ia menjadi komersial juga dipasaran akhirat. setiap patah perkataan jika mampu menjadi markah markah yang bernama pahala diakhirat, tentu bernilai besar kepada saya yang serba berdosa.

ketika mizan menimbang dosa dan pahala, kita selalu mendoa supaya timbangan amal baik itu lebih beratnya. dan album cinta ini diharap akan menjadi zarah zarah yang berkumpul yang memberatkan timbangan itu.

diharap akan terlahir jua.

Monday, April 5, 2010

5minit -sharing expertise dan kongsi kasihsayang




"ada share ka"?kata orang besar mungkin mahu mencari saham.
"jom kita share"pelawa sikecil untuk teman sepermainannya.

kita mungkin berbeza pada warna kulit.
tapi kita punya merah darah yang sama.
mungkin hari ini siputih comel
mungkin hari ini sihitam manis.
udara kita sedut adalah sama.
dunia yang kita huni juga punya pemilik yang sama.

jika 5minit boleh senyum bersama.
jangan dicari 5minit untuk bermuram durja.
meskipun ditangan kananku cuma sebotol air cuma.
hulurlah tangan kirimu,biar kusambut mesra.

jika kita ada dua straw.
berlainan pada warna cuma.
nanti kumasukkan kedalam botol beriringan.
supaya kemanisan itu menjadi milik bersama.

satu hari nanti jika telah dewasa.
ingatlah anak manis ini.
dulu hari yang kita pernah merasai bersama.

- suara hati matkaran.

5minit renungi foto foto pejuang .





5minit melihat pejuang dimedan juang masing masing.cuba memasuki akal fikir dan selami hati pejuang.bila berada dimedan juang ,tinta pernah menulis"pantang undur sebelum kalah.
jika kalah pun,tulislah dalam hati,kalah sekali bukan bermakna tidak ada menang untuk seribu kali.adat hidup, musim selalu berganti dan keatas, kebawah juga perlu terjadi kerana roda hidup yang berpusing.
yang penting selagi dunia belum kiamat,semailah benih benih kebaikan sekalipun semboyan kemusnahan sedang ditiupkan.

5minit dah berlalu.
jom minum petang.kopi o kaw kurang manis dan sepotong roti benggali tanpa planta

Sunday, April 4, 2010

jumpa blog sifu novelis-azmahnordinblogspot-cas power5minit

5minit berada diblog puan azimah nordin melihat sifu gigih ini membimbing anak anak jagoannya bertarung didunia sastera.
pertamanya saya kagum dengan semangat sifu mencurah ilmu.jarang jarang nak ketemu insan yang sanggup bersusah payah untuk jadi cikgu yang tidak berbayar dimatawang dunia.semoga jasanya akan menjadi bergunung gunung matawang akhirat.
keduanya-saya teruja untuk menjadi pelajarnya.melihat kekuatan dan semangatnya,terfikir fikir kekuatan diri sendiri untuk mengikut langkah tarinya.
makjun apakah yang menjadi santapannya .hehehe