
ada ketikanya, dikala meniti bilah bilah hari yang bernama ramadhan ini, aku menjadi begitu sunyi sekali. sepi dan mendambakan cinta dari ilahi. ada waktu aku rasa kerdilnya diri berbanding dengan perubahan cinta dan transformasi yang ramadhan anjurkan.
jika tawaran beribadat menjadi semahal usaha tujuh puluh tahun lamanya, pun aku sering sepi untuk menyambutnya, bagaimanakah pula ketika tawaran telah ditutup dan menjadi pasaran biasa, mampukah aku mentransformasikan cinta dan diri diluar dari khemah ramadhan.
kadang kadang aku kagum dengan sebahagian dari mereka yang punya janakuasa hebat yang sering mengaruhkan tenaga istimewa untuk bertransformasi hebat di bulan yang terlebih baik dari seribu bulan.
hakikatnya ramadhan adalah sebuah transfomer hebat. ia menaikkan darjah amalan kepada seribuan kali ganda. ia saling beraruhan kebaikan demi kebaikan sehinggakan ada yang meratapi dan menangisi ketika hujung masa berpergian ramadhan. mereka terlalu cinta dan merindui ramadhan.
inilah apa yang difahami oleh kebanyakan orang yang terdahulu yang menyebabkan mereka menakluki sebahagian dunia dan cahaya islam sampai kelubuk hatiku.
kenapakah aku tidak mempunyai transformer sehebat mereka?.aku akan terus memburu jawapannya.


