Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jika saya memasuki alam maya,saya akan pastikan sekurangnya 5minit untuk berada dikuliahan Puan Ainon Mohd.5minit mencari ilmu untuk memandaikan diri diri sendiri kerana dari pandailah bermulanya langkah boleh menulis dengan baik dan berkesan.
Yang lebih menarik ialah ada sesuatu falsafah hidup yang indah yang cuba dibawa oleh Universiti Terbuka PTS. Apa apa sahaja dalam hidup ini perlulah dihubungkaitkan dengan perjalanan yang panjang iaitu bermula dari dunia ini sehinggalah kepada alam akhirat.
Sebelum ini saya suka membaca Surah Nabi Yusof.Saya senang sekali dengan irama ayat ayat awalannya.Setelah membaca beberapa tulisan Puan Ainon ,saya amat tertarik dengan teori penulisan Surah Yusof.Sesuaikan penulisan dengan makna dan maksud syariah.Dan ingatlah matlamat penulisan tidak menghalalkan cara.
Mencari duit ,jangan cara rasuah adalah budaya yang diamal dan di sarankan mengikut kaedah universiti PTS.Biar sehebat mana pun tawaran atau semudah manapun bisnes itu memperolehi laba,katakan tidak pada rasuah.
Rupanya dunia penulisan ini seluas laut biru.Lihatlah laut biru yang selama ini memberi segala hasil untuk manusia.5minit dilaut biru rupanya tidak mencukupi.
No comments:
Post a Comment