Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jika saya memasuki alam maya,saya akan pastikan sekurangnya 5minit untuk berada dikuliahan Puan Ainon Mohd.5minit mencari ilmu untuk memandaikan diri diri sendiri kerana dari pandailah bermulanya langkah boleh menulis dengan baik dan berkesan.
Yang lebih menarik ialah ada sesuatu falsafah hidup yang indah yang cuba dibawa oleh Universiti Terbuka PTS. Apa apa sahaja dalam hidup ini perlulah dihubungkaitkan dengan perjalanan yang panjang iaitu bermula dari dunia ini sehinggalah kepada alam akhirat.
Sebelum ini saya suka membaca Surah Nabi Yusof.Saya senang sekali dengan irama ayat ayat awalannya.Setelah membaca beberapa tulisan Puan Ainon ,saya amat tertarik dengan teori penulisan Surah Yusof.Sesuaikan penulisan dengan makna dan maksud syariah.Dan ingatlah matlamat penulisan tidak menghalalkan cara.
Mencari duit ,jangan cara rasuah adalah budaya yang diamal dan di sarankan mengikut kaedah universiti PTS.Biar sehebat mana pun tawaran atau semudah manapun bisnes itu memperolehi laba,katakan tidak pada rasuah.
Rupanya dunia penulisan ini seluas laut biru.Lihatlah laut biru yang selama ini memberi segala hasil untuk manusia.5minit dilaut biru rupanya tidak mencukupi.
helai demi helai buku kehidupan di selak kerana yakin dihujungnya pasti ada cerita menarik
Saturday, February 20, 2010
Tuesday, February 16, 2010
5minit lima kali sehari,jagalah suis talian hayat antara insan dan penciptanya
Jika kita berjalan untuk mencari Allah,kita pasti akan merasai nikmat kurniaan Allah berlari mendapatkan kita.jika kita beri 5minit untuk aktifkan hubungan kita dengan tuhan yang mencipta kita bermakna kita amat bertuah kerana berhubung dengan tuhan yang amat pemurah dan maha penyayang,bermakna juga kita sudah membuka jalan tenang yang panjang untuk kita lalui pada jam jam berikutnya.
Sampai waktunya kita perbaharui lagi dengan perjumpaan 5minit.Jika kita ulanginya selama lima kali mandi di "sungai solat "selama 5minit.apakah masih ada lagi kotoran dan dosa yang meresah dihati.Jika dosa terasa seolah dimaafkan,kotoran telah dicuci ,bukankah timbul rasa tenang dihati.Inilah nikmat hidup yang besar ,yang sering dicari oleh orang kaya dan orang miskin . Rasa tenang dan rasa bahagia.
Sesungguhnya solat itu berat kecuali orang yang sabar.Walaupun ambil masa sekadar 5minit tetapi ramai yang tak mampu kekal melakukan.Kenapa?
Kerana sebelum ini, kita tidak punya 5minit untuk berfikir tentang kejadian diri sendiri.
Kerana sebelum ini, kita tidak punya 5minit untuk mengkaji solat itu sendiri.
Kerana sebelum ini, kita tidak punya 5minit untuk sayangkan diri sendiri.
Saya mengingatkan diri saya,jika saya tak mampu sabar 5minit untuk katakan "Thanks You Allah",adakah saya mampu menahan sabar,tekanan,dugaan,siksaan dan ujian untuk minit minit seterusnya.

Petua suis 5minit untuk lebih fokus.
Saya percaya bahawa 5minit menasihati diri sendiri adalah antara tips atau kaedah terbaik untuk "on" kan suis motivasi diri.Bila suis motivasi diri telah dihidupkan,percayalah anda dan saya akan terdorong untuk hidupkan suis suis hebat lain yang tersembunyi didalam diri.
Kalau anda percaya cubalah anda lakukan.5minit dengan nasihat yang mudah kepada diri sendiri setiap pagi selepas bangun dari tidur.nasihat yang baik ini seakan satu suntikan kesegaran dan mampu menggerakkan tenaga dalaman untuk suasana pagi yang lebih bersemangat.
Bagaimana untuk berkata pada diri sendiri,gunalah kaedah yang paling mudah,bahasa yang paling anda senangi.Keep it short and simple.Dan cara yang terbaik ialah biar mulut berkata kata dan telinga 100 persen sedia mendengar.Mulakan dengan seruan"wahai diriku... dan akhirkan dengan harapan,ucaplah ameen.
5minit adalah masa yang sesuai untuk "menjampi "diri sendiri supaya semangat dan daya juang datang dari kiri dan kanan.Jika anda mampu ia boleh datang dari atas dan dari bawah dan dikala itu anda boleh rasa hari itu anda mahu hidup sebagai wira .Diri sendiri terasa lebih fokus dan anda akan menjadi pemberi terbaik didalam perjuangan hidup.
Istiqamah dan displinkan setiap hari hanya 5minit "menjampi "diri sendiri.Lihatlah hasilnya.Anda akan bahagia.Anda akan berjaya

Monday, February 15, 2010
Permulaan-"on'kan suis 5 minit untuk menjadi individu yang berjaya
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.
Segala puji pujian kepada Allah,pemilik kepada sekelian alam.
Selawat dan salam kepada nabi terakhir iaitu Muhammad saw.
Saya adalah insan yang diberi oleh Allah peluang dan kesempatan untuk belajar diatas mukabumi ini.Saya membina blog ini dengan ada tujuan dan matlamat untuk,
1)menulis.
2)mencipta peluang.
3)memandaikan diri sendiri.
4)memandaikan keluarga sendiri.
5)memandaikan sesiapa sahaja yang mahu pandai.
Saya adalah insan biasa yang sentiasa mencari formula luarbiasa untuk tidak jemu belajar dan berkongsi.
Setiap orang mukmin adalah saudara,oleh itu tidak boleh meninggal memberi nasihat pada setiap masa-hadis riwayat Ibnu Najar.

Subscribe to:
Posts (Atom)