Tuesday, February 16, 2010

5minit lima kali sehari,jagalah suis talian hayat antara insan dan penciptanya

Jika kita berjalan untuk mencari Allah,kita pasti akan merasai nikmat kurniaan Allah berlari mendapatkan kita.jika kita beri 5minit untuk aktifkan hubungan kita dengan tuhan yang mencipta kita bermakna kita amat bertuah kerana berhubung dengan tuhan yang amat pemurah dan maha penyayang,bermakna juga kita sudah membuka jalan tenang yang panjang untuk kita lalui pada jam jam berikutnya.

Sampai waktunya kita perbaharui lagi dengan perjumpaan 5minit.Jika kita ulanginya selama lima kali mandi di "sungai solat "selama 5minit.apakah masih ada lagi kotoran dan dosa yang meresah dihati.Jika dosa terasa seolah dimaafkan,kotoran telah dicuci ,bukankah timbul rasa tenang dihati.Inilah nikmat hidup yang besar ,yang sering dicari oleh orang kaya dan orang miskin . Rasa tenang dan rasa bahagia.

Sesungguhnya solat itu berat kecuali orang yang sabar.Walaupun ambil masa sekadar 5minit tetapi ramai yang tak mampu kekal melakukan.Kenapa?
Kerana sebelum ini, kita tidak punya 5minit untuk berfikir tentang kejadian diri sendiri.
Kerana sebelum ini, kita tidak punya 5minit untuk mengkaji solat itu sendiri.
Kerana sebelum ini, kita tidak punya 5minit untuk sayangkan diri sendiri.

Saya mengingatkan diri saya,jika saya tak mampu sabar 5minit untuk katakan "Thanks You Allah",adakah saya mampu menahan sabar,tekanan,dugaan,siksaan dan ujian untuk minit minit seterusnya.

No comments:

Post a Comment