Sunday, September 5, 2010

transformer cinta ramadhan


ada ketikanya, dikala meniti bilah bilah hari yang bernama ramadhan ini, aku menjadi begitu sunyi sekali. sepi dan mendambakan cinta dari ilahi. ada waktu aku rasa kerdilnya diri berbanding dengan perubahan cinta dan transformasi yang ramadhan anjurkan.

jika tawaran beribadat menjadi semahal usaha tujuh puluh tahun lamanya, pun aku sering sepi untuk menyambutnya, bagaimanakah pula ketika tawaran telah ditutup dan menjadi pasaran biasa, mampukah aku mentransformasikan cinta dan diri diluar dari khemah ramadhan.

kadang kadang aku kagum dengan sebahagian dari mereka yang punya janakuasa hebat yang sering mengaruhkan tenaga istimewa untuk bertransformasi hebat di bulan yang terlebih baik dari seribu bulan.

hakikatnya ramadhan adalah sebuah transfomer hebat. ia menaikkan darjah amalan kepada seribuan kali ganda. ia saling beraruhan kebaikan demi kebaikan sehinggakan ada yang meratapi dan menangisi ketika hujung masa berpergian ramadhan. mereka terlalu cinta dan merindui ramadhan.

inilah apa yang difahami oleh kebanyakan orang yang terdahulu yang menyebabkan mereka menakluki sebahagian dunia dan cahaya islam sampai kelubuk hatiku.

kenapakah aku tidak mempunyai transformer sehebat mereka?.aku akan terus memburu jawapannya.

Thursday, September 2, 2010

salam ramadhan untuk diri sendiri dan sesiapa yang menjadikan dirinya transformer cinta

Alhamdulillah dan sujud syukur kepada tuhan yang memberikan nikmat ramadhan. Diantara bilah bilah hari yang bernama ramadhan,aku mencari kekuatan untuk menulis semula. Dalam doaku, aku meminta semoga Allah kurniakan keteguhan hati untuk terus menulis kerana mencari nikmat dunia dan keredhaannya.

Buku adalah diantara medan dakwah yang kalau kena gayanya boleh menjadi amal jariah untuk rezeki di hari sesudah menemui kematian yang tidak ada transit lain kecuali tiga perkara yang sering di sarankan oleh ilmuan islam yang sayangi nasib umatnya.

1) anak yang soleh.
2) ilmu yang bermanafaat
3) sedekah jariah

"Buku adalah sebuah trasformer cinta" kata saya.

"Buku adalah sebuah alatubah yang mampu mengaruhkan medan kebaikan lalu bertukar menjadi beribu ribu kebaikan bergantung kepada jenis trasformer yang digunakan" kata saya lagi.

kata diatas mungkin tidak sehebat ayat ayat cinta yang ditutur oleh sang pencinta sehingga ditulis dalam sejarah cinta terbilang tetapi saya menulis untuk saya sendiri supaya diri ini mempunyai jiwa yang hebat dan mampu membina sekurangnya satu transformer cinta pada setiap insan yang saya temui.

sehingga itu.. semoga berjaya untuk diri sendiri.